Tips On Creating Your Own Blog

Peniaga bertanya, "Bagaimana cara pertama saya dapat membuka blog sendiri?"

Blog dapat dihasilkan menggunakan Blogspot di blogger.com.

Kunci bagi memasuki sistem blog ini adalah dengan mempunyai akaun Google. Melalui akaun Google juga, kita dapat mengakses kepada aplikasi-aplikasi lain yang dapat digunakan bersama blog yang dihasilkan.

Akaun Google yang dimaksudkan menggunakan perkhidmatan emel yang disediakan dalam Gmail.

Gmail adalah kawalan kepada semua aplikasi yang ada. Kita andaikan ia sebagai kunci kepada pintu-pintu lain dalam Google. Tanpa kunci ini, kita dapat masuk ke dalam dan menggunakan apa-apa aplikasi yang disediakan Google secara efisien.

Membuka Gmail bermaksud kita mempunyai Google Account sendiri. Akses kepada aplikasi lain sangat bergantung kepada Google Account yang kita wujudkan.

Mendaftar akaun melalui Google

Langkah satu

Layari Gmail.com


Langkah dua

Klik pada Create an account bagi pengguna Gmail untuk pertama kali. Kita akan dibawa masuk ke paparan baru. Isikan setiap satu maklumat yang diingini. Iaitu


First name iaitu nama pertama

Last name: iaitu nama kedua

Desired Login Name iaitu nama yang digunakan pada emel

Choose a password iaitu kata laluan minima lapan aksara

Reenter password iaitu ulang semula kata laluan


Pilih soalan dalam senarai Security Question yang menyenaraikan beberapa soalan. Sertakan bersama jawapan pada soalan yang dipilih di ruangan Answer.

Fungsi Security Question ketika mana kita terlupa password yang digunakan. Kita juga boleh mencipta soalan sendiri menggunakan fungsi ini.

Isikan Secondary email iaitu emel yang sudah ada sebagai langkah persediaan bagi berhadapan situasi yang sama. Ruangan Secondary email hanya dibiarkan kosong jika ini adalah emel pertama kita.

Isikan Location, salin semula imej perkataan pada Word Verification dan klik I Accept. Create my account di bawah Terms of Service. Selesai semuanya, kita sudah mempunyai akaun Gmail untuk tujuan perniagaan.

Akaun Gmail telah berjaya didaftarkan.


Langkah ketiga

Layari blogger.com dan masukkan emel dan password Google yang dihasilkan bagi membuka blog shop yang pertama.

Author: zamrimohamad

Comments

  1. Terima kasih atas panduan..sy telah membuat satu blog setelah membaca entri ini..sy harap lps ni ada entri lagi ttg cara2 mencantikkan lagi blog..tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bleeding Again

Surgery On My Baby

Compression Garments